Kenangan Terindah Kau & Aku

Assalamualaikum...

Hai semua....selamat datang ke laman blog saya....hanya sekadar untuk bersantai-santai... melihat gambar-gambar pemandangan dan keindahan alam yang telah di ambil...hehehehe... hanya untuk kenangan bersama suami tersayang... dan juga sahabat-sahabat.

Thursday, December 23, 2010

KEINDAHAN DAN KEDAMAIAN

Hari ni terdetik pulak difikiran nak tulis sesuatu berkenaan keindahan dan kedamaian.. banyak erti boleh dihuraikan dalam keindahan dan kedamaian.. mungkin ada sesetengah terus memikirkan tentang keindahan alam, pemandangan hutan hijau dan bunga-bungaan serta hidupan liar yang sungguh indah dan alam semulajadi yang mendamaikan.....tapi bukan itu sahaja keindahan dan kedamaian boleh juga dikatakan mengenai hati budi, sikap ataupun sifat seseorang kan... haaa.. tu la jangan terus terburu-buru memberi jawapan bila sesuatu topik sedang diperkatakan..sebab banyak maksud disebaliknya yang tersurat dan yang tersirat...

Memang tidak dinafikan keindahan alam semulajadi yang ada di Negara Malaysia dan juga Negara-negara jiran memang cukup indah dan juga tidak disangkalkan di seluruh dunia keindahan alam semulajadi yang pelbagai cukup membuatkan hati seseorang tersentuh, tersentak dan terpukau dengan keindahan dan kedamaian ciptaan ALLAH S.W.T.. Subhanallah.. Maha Suci ALLAH Yang Maha Mencipta segala apa yang ada di langit dan dibumi..bersyukurlah kepadaNYA.

Dan tidak dinafikan jugak..didunia ini banyak juga insan yang berhati indah dan wajah yang mendamaikan..bila tengok je cara, sikap, perbuatan dan segalanya cukup indah..tertib dan teratur penuh dengan kesopanan..dan apabila dilihat pada raut wajahnya pula penuh dengan kebersihan, ketenangan dan kesucian..bersinar cerah, bersih, mulus dan indah..itulah lahirnya dari hati yang bersih.. makhluk ciptaan ALLAH S.W.T yang sungguh sempurna..

Pada saya..saya sukakan kedamaian hati yang ikhlas dan sifat yang jujur...serta keindahan alam semulajadi..sebab tu la saya suka snap gambar pemandangan..tapi yang dah upload dalam blog ni semuanya gambar-gambar kenangan di bangku sekolah hingga la ke alam pekerjaan... masih belum sempat nak upload keindahan alam yang telah banyak di snap..hehehehe...nak upload ada masalah pulak...

So..mungkin ada sambung lagi berkenaan keindahan dan kedamaian seperti diatas..idea dah kurang..perut pun dah lapar..so jangan henti-henti untuk membaca topik-topik santai di blog saya ye.. salam sayang dari saya untuk semua..;)

No comments:

Post a Comment