Kenangan Terindah Kau & Aku

Assalamualaikum...

Hai semua....selamat datang ke laman blog saya....hanya sekadar untuk bersantai-santai... melihat gambar-gambar pemandangan dan keindahan alam yang telah di ambil...hehehehe... hanya untuk kenangan bersama suami tersayang... dan juga sahabat-sahabat.

Wednesday, December 29, 2010

HARI RAYA AIDILFITRI MRSM PENGKALAN HULU 2010




Ni sahabat-sahabat sepejabat aku..bermula dengan tudung pink tue sakhiyah (syaz) baru je bertunang 25.12.2010 ri tue,..yang tengah tudung purple tue Jamila Suhana (Jamila) dah bertunang jugak dan yang tudung purple belang tu Noorafida 9fida) pun dah bertunang.. tengah dok potong buah-buhanan untuk buat rojak buah.

Kek Hari Raya MRSM Pengkalan Hulu.. untuk dirasmikan majlis...


Ni pulak 3 dara pingitan..yang tengah dah berpunya dan yang dok kiri kanan Nurul (kiri) dan Kak nab (kanan) bukan dah berpunya tapi dah jadi mak budak dah..hehehehe

Ustaz Muhamad Subri Bin Yahaya dan En.Hassan Bin Ghazalli (TPHEP) merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya MRSM Pengkalan Hulu Tahun 2010


Guru-guru membuat persiapan di dalam bilik seminar untuk tetamu VIP.




HARI KELUARGA & HARI KUALITI (Q) MRSM PENGKALAN HULU 2010


Tag tangan diberikan sebelum masuk ke Carnival Team Park Sungai Petani Kedah
 Senaman pagi..Poco-poco
 Sarapan Pagi.. makan bihun dan air oren..hehehehe






CUTI-CUTI MELAKA, NEGERI SEMBILAN DAN KUALA LUMPUR

Sempena cuti sekolah.. unit pentadbiran (staf) MRSM Pengkalan Hulu dan juga Staf Makmal mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka, Negeri Sembilan Dan Kuala Lumpur..

Di ZOO Melaka.

Dalam Menara Taming Sari

Pemandangan dari sebelah atas Menara Taming Sari ke Seleruh Bandar Melaka... cantik dan memang puas hati bila dapat naik Menara Taming Sari nih...walaupun RM 10.00 / individu tetapi memang berbaloi la kan...

Dataran Pahlawan dari Sebelah atas




Sempat fokus bas MRSM Pengkalan Hulu yang diletakkan berhampiran banggunan Menara Taming Sari..hehehehe...








Lepas sehari suntuk di Melaka..kami menginap di MRSM Alor Gajah dan esoknya kami bergerak ke NILAI 3



Selepas ke NILAI 3.. kami menuju ke Putrajaya.. untuk solat Zohor di Masjid Putrajaya dan makan Tengah Hari di Alamanda Putrajaya



Hah buat apa tu..dok tempat pemandu nak jadi pemandu pulak ke Hafiz... ni suami sahabat aku Nurul dan yang sorang lagi tu suami aku..hehehehe...depa berdua dok berangan nak jadi pemandu pelancong...





Di KLCC.. Petrosains













Ni sapa yang MACHO nie ekkkk...errmmm..ni anak Kak Khu dan En.Yosri....nama panggilan Along..ayat dia sebelum aku snap gambar dia... "makcik..makcik..makcik.. ambil la sat gambar saya nampak dinasor belakang tue ekkk"...sambil tersipu-sipu malu..hehehehe...Along..along